1.Analyse Job Order/Change Request
Penerangan
1.0 Pengenalan Server
1.1 Definisi Server
Server juga merupakan sebuah komputer yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan untuk diakses oleh komputer (client) yang berhubung didalam satu rangkaian sama.Server mempunyai perisian sistem operasi yang tersendiri iaitu NOS (Network Operating System) NOS menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada komputer (client).
2.0 Jenis - Jenis Server
2.1 Database Server
Rajah 2.1 : Database Server
Database server merupakan server yang menyediakan perkhidmatan database untuk diakses oleh komputer client.Database server menyimpan dan mengurus data supaya sentiasa dalam keadaan selamat dan tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2.2 File Server
File Server merupakan server yang menyediakan perkhidmatan menyimpan file untuk diakses oleh komputer client.File Server menyusun file supaya memudahkan penggunaan,pencarian dan penyimpanan.
2.3 Mail Server
Mail Server merupakan server yang menyediakan perkhidmatan menguruskan dan membalas setiap e-mel yang masuk.
2.4 Print Server
Print Server merupakan server yang menyediakan perkhidmatan menguruskan akses ke printer yang dikongsi didalam sebuah rangkaian supaya komputer client dapat menggunakan pencetak tersebut.
2.5 Web Server
Web Server merupakan server yang menguruskan kandungan statik yang terdapat didalam browser web dengan memindahkan fail daripada satu media dengan menghantarnya melalui rangkaian ke browser web komputer client.
3.0 Jenis - Jenis Sistem Operasi Rangkaian
3.1 Berlesen (licensed)
3.1.1 Windows Server
Windows Server merupakan sistem operasi rangkaian keluaran microsoft.Windows Server mempamerkan dan menyediakan keupayaan,ciri dan mekanisme pengendalian sistem operasi rangkaian yang berdasarkan kepada senibina Windows NT.Jadual dibawah menunjukkan versi sistem operasi rangkaian keluaran microsoft :
Rajah 3.1.1 : Windows Server
3.1.2 Novell Netware
Novell Netware merupakan sistem operasi rangkaian komputer keluaran Novell Inc.Ia menjalankan pelbagai perkhidmatan pada komputer client yang menggunakan protokol rangkaian IPX (Internetwork Packet Exchange).
3.2 Sumber Terbuka (Open Source)
3.2.1 Linux
Linux merupakan sebuah sistem operasi rangkaian yang dibina berteraskan sistem operasi UNIX.LINUX juga merupakan sebuah sistem operasi rangkaian yang stabil dan bebas dari serangan virus.Ia bercirikan "multitasking" dan "open source software".
3.2.2 Solaris
solarismerupakan sistem operasi rangkaian UNIX keluaran Sun MicroSystem.Solaris boleh mengendalikan beban kerja yang besar dan masih berfungsi dengan lancar diseluruh pengkalan data,sistem dan aplikasi.Solaris telah dimiliki oleh Oracle Corporation pada awal tahun 2010.
4.0 Konfigurasi Server
4.1 kongfigurasi Alamat Rangkaian
4.1.1 Alamat IP (IP Address)
IP Address merupakan alamat secara nombor dilabelkan kepada peralatan seperti komputer,printer,server dan router didalam sesebuah rangkaian untuk tujuan komunikasi secara talian.Terdapat dua jenis kaedah kongfigurasi IP Address iaitu secara Static dan Dynamic.IP Address menggunakan bilangan 32Bit dan mempunyai versi yang tertentu : Contoh Versi IP Address yang digunakan hingga kini ialah IPV4 dan IPV6.
4.1.2 DNS (Domain Name System)
Domain Name System merupakan perkhidmatan membenarkan penterjemahan alamat IP kepada nama.Domain Name System berfungsi memterjemahkan daripada nombor ke perkataan.Penterjemahan nama amat memudahkan kepada pengguna ketika mengakses sesebuah komputer melalui rangkaian.Penggunaan nombor sangat susah untuk diingati apabila bilangan semakin banyak.
4.1.3 Gateway
Gateway merupakan titik penghentian utama bagi penghantaran paket data dari sesebuah rangkaian ke rangkaian yang lain.Gateway berfungsi membolehkan penghantaran dan penerimaan paket data.Gateway juga dikenali sebagai ISP (Internet Service Provider) yang membolehkan pengguna mengakses ke rangkaian internet.
4.1.4 Subnet Mask
Subnet Mask berfungsi menentukan bahagian mana pada Alamat IP merujuk kepada Alamat rangkaian dan Alamat Nod.Tetapan setiap Subnet Mask Adalah berbeza mengikut Kelas IP Address
Rajah 4.1.4 : Subnet Mask
4.2 Kongfigurasi Keselamatan
4.2.1 Tetapan Firewall
Firewall merupakan sistem keselamatan rangkaian.Ia terdapat dua jenis iaitu perisian dan perkakasan.Firewall berfungsi melindingi komputer dan server terutamanya daripada penggodam (Hackers).Firewall juga mengawal lalu lintas paket data didalam sebuah rangkaian.
4.2.2 Keistimewaan Pentadbir (Administrator Privilege)
Pentadbir merupakan orang (Person Incharge) yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan rangkaian komputer.Keistimewaan sebagai pentadbir ialah memperolehi kebenaran mengakses semua komputer untuk melakukan sebarang penyelenggaraan,kemaskini,tetapan serta konfigurasi mengikut keperluan dan permintaan penggunaan.Pentadbir akan memantau prestasi rangkaian melalui komputernya dengan menggunakan perisian pengurusan rangkaian.