PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER
·Perkhidmatan komputer Adalah Sekumpulan Peranti,Dikenali Juga Sebagai Nod,Yang Berhubungan Dengan Media Penghujung,Nod Boleh Terdiri Dari Komputer,Pencetak Atau Lain-Lain Peranti Yang Menghantar Dan Menerima Data Yang Dihasilkan Oleh Nod-Nod Lain Dalam Rangkaian.Media Penghujung Juga Dikenali Sebagai Media Komunikasi.Terdapat Pelbagai Jenis Rangkaian,Antaranya Rangkaian Setempat (LAN) Dan Rangkaian Kawasan Luar (WAN),Rangkaian Yang Paling Besar Di Dunia Ialah Internet.
KELEBIHAN RANGKAIAN
·Perkongsian Maklumat
·Perkongsian Sumber Perkakasan
·Perkongsian Sumber Perisian
·Utusan Elektronik
·Keselamatan Data
·Sokongan
JENIS RANGKAIAN KOMPUTER
LAN (Local Area Network)
Rangkaian Kawasan Setempat
·Rangkaian Yang Terhad Kepada Kawasan Yang Kecil Seperti Meliputi Sesebuah
WAN (WideArea Network)
Rangkaian Kawasan Luas
·Rangkaian Yang Meliputi Kawasan Geografi Yang Luas Seperti Antara Negeri Atau Negara.
·Melibatkan Kombinasi Media Yang Pelbagai Seperti Internet,TalianTelefon,Satelit Dan Media
Penghantaran Lain.
MAN (METROPOLITAN AREA NETWORK)
Rangkaian Kawasan Metropolitan
·Rangkaian Yang Meliputi Kawasan Yang Lebih Luas Iaitu Kawasan Metropolitan Seperti Kawasan
Bandar
·Beroperasi Dengan Gabungan Sekolah-Sekolah,Bangunan,Pejabat Di Sesuatu Kawasan.
·Biasanya Melibatkan Gabungan LAN.
Rajah 1.2.2 : Printer
PENERANGAN / INFORMATION
:
Anda boleh lihat komputer di
mana-mana sama ada di sekolah, pejabat atau rumah. Komputer juga digunakan
untuk mengawal sesuatu peralatan seperti permainan kawalan jauh, mesin
basuh, kereta ketuhar gelombang mikro dan mesin autoteler (ATM). Pada
hari ini kita boleh melihat kenderaan yang berbagai jenis seperti kereta,
kenderaan pelbagai guna, bas, lori dan sebagainya. Begitu juga dengan
komputer. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan untuk berbagai
tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan.
1.0 PENGENALAN KOMPUTER
1.1 Definisi Komputer
Komputer merupakan
alat elektronik yang dapat menerima
data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan
output. Istilah-istilah asas
yang perlu diketahui apabila belajar mengenai komputer ialah :
a) Peranti
Peralatan yang disambung kepada sistem unit.
b) Perisian
Program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus
dilakukan.
c) Data
Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna,
saiz, bilangan dan sebagainya.
d) Maklumat
Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna.
2.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN KOMPUTER
2.1 Pendidikan
·
Meningkatkan produktiviti dan
kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.
·
Meluaskan pengetahuan pelajar
dalam pencarian dan dapatan maklumat.
2.2 Perbankan dan
Perniagaan
·
Mewujudkan satu komunikasi yang
luas dengan pelanggan.
·
Mengurangkan kos operasi dan
masa.
·
Meningkatkan mutu perkhidmatan.
2.3 Kehidupan
Harian Di Rumah
·
Memudahkan pengurusan rumah.
·
Maklumat dapat di capai dengan
mudah walaupun dari rumah dengan adanya kemudahan komputer dan internet serta
televisyen.
·
Komunikasi jauh boleh diwujudkan.
2.4 Sektor Industri
·
Memudahkan perancangan
pengeluaran dan sistem kawalan.
·
Membantu proses merekabentuk
produk menggunakan perisian CAD.
·
Membantu pekerja mengendalikan
mesin.
·
Membantu tadbir untuk mengawasi
dan mengendalikan seluruh operasi kilang.
3.0 PROSES KOMPUTER
3.1 Input
Input merupakan aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data
dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui
aktiviti :
·
Menaip data secara manual
menggunakan keyboard.
·
Memilih dan klik dari senarai
yang disediakan menggunakan mouse.
·
Mengimbas dokumen, imej dan
sebagainya menggunakan scanner.
3.2 Proses
Proses adalah langkah menukarkan data kepada
maklumat yang berguna.
3.3 Output
Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses
mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input. Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej
yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.
3.4 Storan
Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan
kegunaan akan datang.
Rajah 3.0 : Carta Aliran Input, Proses,
Output dan Storan
2.0 JENIS-JENIS KOMPUTER
2.1 Desktop
Rajah 2.1 : Desktop
Desktop merupakan istilah yang digunakan untuk komputer peribadi. Kedudukan peralatan Desktop pada kebiasaannya diletakkan di atas meja terdiri daripada monitor, mouse, keyboard dan system unit. Komputer jenis ini mudah untuk menaiktaraf dari segi
perkakasan sekiranya perlu. Ia juga
lasak bagi mengendalikan program multimedia,
games dan autocad.
2.2 Laptop
Rajah 2.2 : Laptop
Laptop merupakan komputer yang berbentuk ringkas dan mudah alih. Perkakasan seperti processor, motherboard, RAM, hardisk,
monitor dan keyboard disatukan menyerupai sebuah buku. Ia ringan dan mudah
dibawa ke mana-mana. Sesuai digunakan untuk membuat pebentangan di dalam sektor
pekerjaan dan perniagaan. Laptop
terdiri daripada :
2.2.1 Ultrabook
Rajah 2.2.1 : Ultrabook
Ultrabook merupakan
komputer riba rekabentuk alaf baru dan menyediakan fungsi pengkomputeran yang
sama. Ia ringan, nipis dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih daripada
Laptop. Spesifikasi keluaran Ultrabook ialah menggunakan CPU jenis Intel Core
i5 dan Intel Core i7.
2.2.2 Netbook
Rajah 2.2.2 : Netbook
Netbook merupakan komputer riba yang paling
kecil, ringan dan berkuasa rendah. Ia sesuai digunakan untuk membuat
kerja-kerja dokumentasi menggunakan perisian Microsoft Office dan melayari
Internet menggunakan perisian Google Chrome dan Mozilla Firefox. Spesifikasi
keluaran Netbook ialah paling minimum iaitu menggunakan CPU jenis Intel
Pentium.
2.2.3 Thin
Client
Rajah
2.3 : Thin Client
Thin
Client juga merupakan
komputer jenis Desktop yang menggunakan sistem unit sangat kecil, ringan dan
berkuasa rendah. Ia sesuai untuk penggunaan membuat kerja-kerja dokumentasi,
penghantaran email dan melayari Internet. Thin
Client amat sesuai digunakan di pejabat kerana tidak memerlukan ruangan
yang besar.
3.0 PERISIAN SISTEM KOMPUTER
3.1 Sistem Operasi (Operating System)
Sistem operasi merupakan perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sistem komputer. Perisian sistem operasi mengawal dan menjalankan proses input / output pada sistem unit komputer. Ia juga mengesan dan mengaktifkan perkakasan seperti processor, motherboard, ram, hard disk dan optical drive. Perisian Sistem Operasi terdiri daripada :
4.0 PERANTI KOMPUTER
3.1 Sistem Operasi (Operating System)
Sistem operasi merupakan perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sistem komputer. Perisian sistem operasi mengawal dan menjalankan proses input / output pada sistem unit komputer. Ia juga mengesan dan mengaktifkan perkakasan seperti processor, motherboard, ram, hard disk dan optical drive. Perisian Sistem Operasi terdiri daripada :
3.1.1 Berlesen (Licensed) Perisian berlesen merupakan perisian yang mempunyai satu persetujuan syarat-syarat hak penggunaan perisian tersebut antara pemilik dan pengguna. Pengguna hendaklah bersetuju dengan dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian tersebut.
3.1.2 Sumber Terbuka (Open Source) Perisian sumber terbuka merupakan perisian komputer dengan kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hak cipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua pengguna dan untuk semua tujuan.
3.2 Suite Produktiviti (Productivity Suite) Suite produktiviti merupakan sekumpulan perisian untuk komputer yang terbahagi kepada empat (4) jenis perisian :
3.2.1 Pemproses Perkataan (Word Processing) Perisian jenis ini digunakan untuk menaip dokumen seperti surat, memo, laporan dan kertas kerja. Contoh perisian ialah Microsoft Word dan Corel Word Perfect.
3.2.2 Hamparan Elektronik (Spreedsheet)
Perisian jenis ini digunakan untuk membuat pengiraan seperti anggaran kos perbelanjaan, perakaunan, analisis pelaburan dan penyata kewangan. Contoh perisian ialah Microsoft Excell.
3.2.3 Persembahan (Presentation)
Perisian jenis ini digunakan untuk menggabungkan eleman teks, gamber, bunyi, video dan animasi dalam bentuk slideshow persembahan. Contoh perisian ialah Microsoft Power Point, Star Office Impress dan Harvard Graphic.
3.2.4 Pengkalan Data (Database)
Perisian jenis ini digunakan untuk menyediakan rekod pengkalan data seperti rekod pekerja, rekod pelajar dan rekod pesakit. Contoh perisian ialah Microsoft Access.
3.3 Perisian productivity suite terdiri daripada :
3.3.1 Berlesen (Licensed) Pengguna dikehendaki membeli perisian berlesen dengan pengeluar yang terdapat di pasaran terkini. Diutamakan kepada pengguna pemilik syarikat berdaftar bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
3.3.2 Sumber Terbuka (Open Source) Pengguna boleh mendapatkan perisian sumber terbuka secara muat turun melalui talian Internet. Diutamakan kepada pengguna peribadi yang tidak memiliki syarikat dan sebarang perkhidmatan perniagaan.
3.4 Aplikasi (Application)
Aplikasi merupakan perisian yang dicipta untuk melaksanakan fungsi tertentu secara langsung pada sesebuah komputer. Contoh perisian aplikasi ialah, Web Browser, Microsoft Office, Antivirus, Video Player, Audio Player, Photos Editing dan Games. Terdapat sesetengah perisian aplikasi yang telah tersedia ada pada komputer melalui pemasangan perisian sistem operasi. Sekiranya ada penambahan pengguna boleh memuat turun perisian aplikasi yang dikehendaki melalui talian Internet. Perisian aplikasi terdiri daripada :
3.4.1 Berlesen (Licensed)
Pengguna dikehendaki membeli perisian aplikasi berlesen dengan pengeluar yang terdapat di pasaran terkini. Diutamakan kepada pengguna pemilik syarikat berdaftar bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.
3.4.2 Sumber Terbuka (Open Source) Pengguna boleh mendapatkan perisian sumber terbuka secara muat turun melalui talian Internet. Diutamakan kepada pengguna peribadi yang tidak memiliki syarikat dan sebarang perkhidmatan perniagaan.
1.1 Peranti Input
1.1.1
Keyboard
Rajah 1.1.1. : Keyboard
Keyboard berfungsi membenarkan pengguna
memasukkan arahan perkataan, nombor dan simbol kepada komputer.
1.1.2 Mouse
Rajah 1.1.2. : Mouse
Mouse ialah penunding (pointer) berfungsi
menggerakkan arahan penunding untuk ditekan oleh pengguna.
1.1.3 Scanner
Rajah 1.1.3 : Scanner
Scanner berfungsi menyalin dan membaca dokumen dalam bentuk
teks dan gambar. Dokumen yang disalin akan bertukar kepada bentuk digital dan
disimpan dalam komputer. Maklumat yang dibaca akan diproses oleh komputer
1.2 Peranti Output
1.2.1 Monitor
Rajah 1.2.1. : Monitor
Monitor berfungsi memaparkan output yang
dikehendaki oleh sistem unit komputer.
1.2.2 Printer
Rajah 1.2.2 : Printer
Printer berfungsi mencetak pelbagai maklumat
dalam bentuk dokumen (hard copy).
1.2.3 Speaker
Rajah 1.2.3 : Speaker
Speaker berfungsi mengeluarkan arahan bunyi
dari komputer.
1.0 PERKAKASAN KOMPUTER
1.1 CPU (Central Processing Unit)
Rajah 1.1 : CPU
CPU atau processor
merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses
data. CPU berfungsi sebagai otak
kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses
menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.
1.2 Motherboard
Rajah 1.2 : Motherboard
Motherboard berfungsi
sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan
terletak di bahagian bawah casing bagi
pengguna yang menggunakan desktop casing
dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard
diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip,
perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh
menganggap bahawa motherboard
merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.
1..3 RAM (Random Access Memory)
Rajah 1.3 : RAM
RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer dimatikan (off).
1.4 Hard
Drive
Rajah 1.4 : Hard
Drive
Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive..
1.5 Power
Supply
Rajah 1.5 : Power Supply
Power supply merupakan penerima
bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik kepada bentuk voltan untuk
mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang berkaitan. Terdapat dua (2)
jenis power supply iaitu 110v dan
240v.
1.6 Graphic
Card
4.2 Award BIOS
Rajah 1.6 : Graphic
Card
Graphic card berfungsi memproses serta menghasil gambar dan video untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Ia juga terdapat dalam bentuk (built-in) iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Graphic card tambahan biasanya digunakan oleh pengguna yang melakukan kerja multimedia seperti animasi 3D, rekabentuk, dan games.
1.7 Sound Card
Rajah 1.7 : Sound Card
Sound card berfungsi mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh komputer.
1.8 Cooling Fan
Rajah 1.8 : Cooling Fan
Cooling fan berfungsi mengawal
kitaran (ventilation) angin pada system unit. Ia dipasang di hadapan dan
belakang casing. Cooling fan di hadapan akan tarik masuk angin dari persekitaran
luar untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing. Cooling fan di
belakang akan tarik keluar angin dari persekitaran dalam untuk sejukkan
perkakasan dan komponen dalam casing.
1.9 Storage Media
Rajah 1.9 : Storage Media
Storage media berfungsi
sebagai tempat penyimpanan perisian operasi dan aplikasi. Ia digunapakai semasa
proses installation perisian operasi
dan perisian aplikasi mengikut keperluan pengguna.
1.10
Optical
Drive
Rajah 1.11 : Optical Drive
Optical drive merupakan
perkakasan yang menggunakan laser
untuk membaca dan menyalin data menggunakan CDR, CDRW, DVDR dan DVDRW. Optical drive juga boleh memadam semula
data yang telah disalin pada cakera optik.
1.11
Casing
Rajah 1.12 : Casing
Casing merupakan tempat meletakkan
perkakasan-perkakasan komputer yang terlibat untuk system unit. Peranan casing memastikan perkakasan komputer
beroperasi dengan baik. Umumnya terdapat dua rekabentuk casing yang boleh dipilih
iaitu dari jenis basic atau pun tower yang dikatakan paling popular.
1.12
Heatsink
& Fan
Rajah 1.12 : Heatsink & Fan
Heatsink
& fan adalah terma
peranti logam konduktif direka untuk menyerap dan bersurai kepanasan dari objek
suhu tinggi seperti pemproses computer. CPU heat-sink
dilengkapi dengan kipas terbina dalam untuk membantu menjaga kedua-dua CPU dan heat-sink haba pada suhu yang sesuai. Heat-sink yang diperbuat daripada logam,
seperti aloi tembaga atau aluminium, dan dilampirkan kepada pemproses.
Kebanyakan heat-sink bersirip,
hirisan nipis logam disambungkan ke pangkal heat-sink
, yang membantu haba tersebar di kawasan yang besar.
1.13 Thermal Paste
Rajah 1.13 : Thermal Paste
Thermal Paste sebagai tampalan terma atau sebatian termal merupakan bahan digunakan untuk pengaliran haba yang lebih baik di antara dua permukaan. Thermal paste akan dititik di atas permukaan CPU sebelum pemasangan Heatsink.
2.0 JENIS-JENIS CASING KOMPUTER
2.1 Mini Tower
Rajah 2.1 : Mini Tower
Casing jenis mini tower merupakan saiz kecil. Mempunyai ruangan dalam terhad untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan seperti graphic card dan sound card. Terdapat satu saluran kitaran angin iaitu pada bahagian belakang untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.
2.2 Medium Tower
Rajah 2.2 : Medium Tower
Casing jenis medium tower mempunyai saiz sederhana iaitu tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Mempunyai ruangan dalam luas untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan seperti graphic card dan sound card. Dilengkapi dengan tempat laluan kabel yang tersusun dan sistematik. Terdapat tiga saluran kitaran angin iaitu pada bahagian hadapan,belakang dan atas untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.
2.3 Full Tower
Rajah 2.3 : Full Tower
Casing jenis full tower mempunyai saiz besar dan tinggi. Mempunyai ruangan dalam sangat luas untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan mengikut keperluan. Dilengkapi dengan tempat laluan kabel yang tersusun dan sistematik. Terdapat dua saluran kitaran angin di setiap bahagian iaitu hadapan, belakang dan atas untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.
3.0 JENIS-JENIS PEMASANGAN CASING KOMPUTER
3.1 Plug and Play Casing
Rajah 3.1 : Plug and Play Casing
Casing jenis Plug and Play biasanya dikeluarkan oleh syarikat pengeluar komputer terkenal seperti HP, DELL, LENOVO dan ACER. Dilengkapi dengan tempat letak khas untuk setiap perkakasan komputer seperti hard drive, optical drive dan lain-lain. Ia tidak memerlukan screw driver sekiranya pengguna hendak membuka penutup tepi casing serta semua bahagian perkakasan komputer untuk membuat permbersihan dan penyelenggaraan.
3.2 Custom Casing
Rajah 3.2 : Custom Casing
Casing jenis Custom mempunyai pelbagai jenis rekabentuk dan saiz. Ia dikeluarkan oleh syarikat pengeluar terkenal seperti Cooler Master dan Corsair. Dilengkapi dengan tempat letak khas untuk setiap perkakasan komputer seperti hard drive, optical drive dan power supply. Mempunyai ruangan dalam sangat luas untuk pemasangan perkakasan komputer tambahan mengikut keperluan. Dilengkapi dengan tempat laluan kabel yang tersusun dan sistematik. Terdapat banyak saluran kitaran angin di setiap bahagian iaitu hadapan, belakang dan atas untuk mengekalkan suhu serta melindungi perkakasan dan komponen komputer semasa tempoh penggunaan.
4.0 JENIS PERINGATAN BUNYI KOMPUTER
Peringatan bunyi komputer merupakan isyarat kepada pengguna sekiranya berlaku kesilapan pada komputer. Peringatan bunyi dikeluarkan oleh BIOS (Basic Input Output System) bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan. Terdapat dua jenis BIOS :
4.1 AMI BIOS
Rajah 4.1 : AMI BIOS
Sekiranya BIOS mengeluarkan bunyi Beep sekali - Kemungkinan RAM mempunyaimasalah / Defective atau Pemasangan RAM yang tidak betul. 6 Beeps - GATE A20 error , Kebiasaannya disebabkan oleh keyboard yang defective ataurosak. 8 Beeps - Kemungkinan Kad Video mempunyai masalah / Defective atau Pemasangan Kad Video yang tidak betul. 11 Beeps
- Checksum Error, melibatkan CMOS bateri didalam Motherboard. Periksa bateri CMOS kemungkinan sudah lemah atau habis.
4.2 Award BIOS
Rajah 4.3 : Award BIOS
BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul. 1 Beep panjang , 2 Beep pendek - Menandakan Kad Video menghadapi masalah dan kemungkinan rosak. Boleh juga disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul. 1 Beep panjang , 3 Beep pendek - Terjadi disebabkan oleh keyboard yang tidak dipasang atau kemungkinan Defective. Juga Video Card error yang disebabkan oleh BIOS yang starting dengan BIOS version 4.5. Beep yang berpanjangan (Continuos Beep)- Memory / RAM atau Kad Video tidak dipasang (Not Detected).
4.3 Phoenix BIOS
Rajah 4.3 : Phoenix BIOS
BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul. 1 Beep panjang , 2 Beep pendek
- Menandakan Kad Video menghadapi 1 Beep, 1 Beep, 4 Beeps - Disebabkan oleh BIOS yang tidak berfungsi (Malfunction). 1 Beep, 2 Beeps , 1 Beep - Disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective). 1 Beep, 3 Beeps, 1 Beep - Masalah yang disebabkan oleh RAM yang bermasalah atau pemasangan RAM yang tidak betul 3 Beeps, 1 Beep, 1 Beep - Juga disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective) 3 Beeps, 3 Beeps, 4 Beeps – Kad Video yang tidak berfungsi atau disebabkan oleh pemasangan Kad Video yang tidak betul.
5.0 JENIS-JENIS MESEJ POST (POWER ON SELF TEST) MESEJ
Apabila system unit komputer dihidupkan maka POST akan mengeluarkan mesej pemeriksaan pada BIOS iaitu memastikan perkakasan seperti hard drive, RAM, keyboard, mouse dan lain-lain berfungsi.
5.1 Keyboard Not Connected
Rajah 5.1 : Keyboard Not Connected
Apabila keyboard tidak disambungkan atau rosak maka POST akan mengeluarkan mesej “Keyboard Not Found”.
5.2 BIOS Date
Rajah 5.2 : Bios Date
POST akan mengeluarkan tarikh BIOS asal yang dikeluarkan. Boleh dinaiktaraf menggunakan medium flash drive.
5.3 Processor Bus Speed Error
Rajah 5.3 : Processor Bus Speed Error
POST akan mengeluarkan mesej processor bus speed error disebabkan kesilapan tetapan.
5.4 Memory Module Incorrect Configuration
Rajah 5.4 : Memory Module Incorrect Configuration
POST akan mengeluarkan mesej memory initialization warning disebabkan lebihan RAM yang tidak dapat dikesan pada sistem.
6.0 MANUAL ARAHAN PENGELUAR
Peralatan (Tools) hendaklah disenaraikan dan disediakan terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum melakukan kerja penyelenggaraan komputer. Ia sebagai langkah bagi memudahkan pengguna semasa melakukan kerja penyelenggaraan. Proses penyelenggaraan hendaklah merujuk kepada kaedah dan keselamatan yang ditetapkan. Terdapat empat tahap pemasangan komputer iaitu :
6.1 Persiapan
Persiapan yang baik adalah memudahkan dalam pemasangan komputer bagi
menghindari permasalahan yang mungkin timbul. Persiapan meliputi aspek :
a) Penentuan konfigurasi komputer
b) Persiapan komponen dan kelengkapan
c) Keselamatan
6.1.1 Penentuan Konfigurasi Komputer : Konfigurasi komputer iaitu penentuan jenis komponen dan fungsinya serta bagaimana komponen tersebut bekerja sebagai sebuah sistem komputer. penentuan komponen komputer dimulakan dari jenis prosesor, papan induk (motherboard) dan komponen lain-lain. Faktor kesesuaian (compatable) dari komponen terhadap papan induk harus diberi perhatian kerana setiap jenis papan induk mempunyai jenis prosesor, modul memori, port dan I/O bus yang berbeza.
6.1.2 Persiapan Komponen Dan Kelengkapan : Komponen komputer perlu disediakan terlebih dahulu dan peralatan kelengkapan adalah seperti :
a) Penentuan konfigurasi komputer
b) Komponen komputer
c) Kelengkapan komponen seperti kabel, skru, jumper dan bolt
d) Buku manual dan rujukan
e) Alat bantu seperti skru driver flat dan Philips
f) Perisian sistem operasi , device driver dan perisian aplikasi
6.1.3 Keselamatan : Langkah keselamatan perlu diambil berat bagi menghindari seperti kerosakan komponen oleh elektrik statik, jatuh, chip patah, overheating dan tumpahan cecair. Pencegahan elektrik statik dengan cara menggunakan gelang anti stati atau menyentuh permukaan logam pada casing sebelum memegang komponen untuk membuang cas elektrik.
0 comments:
Post a Comment